• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Tuesday, February 15, 2011

    Jangan Terlalu yakin dengan Takdir yang belum di tentukan



    Selamat pagi semua,pagi ini terlalu indah sebelum hari-hari yang lain.Sebelum memulakan tugas untuk membuat kajian selidik pilihanraya di DUN Merlimau sy sempat untuk menconteng dalam blog yg x berapa nak indah..huhu...Niat di hati sebenarnya x ingin mengeluarkan idea dalam kepala otak yang x seberapa.Kak Aidah mengatakan pada saya cuba tulis tajuk ini dalam blog.So,saya akan sahut cabaran ini.!

    Saya bukan insan yang bijak dalam penulisan atau berkata2.Malam tadi sy menonton cerita hani,sedih melihatnya dengan kata-kata hani iaitu Jangan terlalu yakin dengan takdir yang belum di tentukan.Banyak maksud tersirat yang boleh kita dapat dengan kata2 ini.Salah satu contohnya ialah Jodoh,Kadang2 kita merancang tapi Allah yang menentukan.Walaupun sayang kita pada sesiapa pun kalau ia bukan jodoh kita harus redha dengan rencanan ilahi.Mmg terasa pedih tp itulah hakikatnya.Apapun kita harus yakin kepada Allah s.w.t...
    "Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan... dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."..
    Tapi apapun jangan kita risau banyakkan berdoa dengan semua ini,Insyaallah Allah akan membantu kita dengan sebuah kemanisan.

    Maksud tersirat lain adalah Rezeki,Contohnya kita merancang untuk menjadi seorang doktor tetapi Allah memberikan kita menjadi guru,Jadi terimalah seadaanya kerana mungkin Allah memberikan kita yang terbaik dr apa yang kita rancangkan.So,terimalah apa yang kita dapat dalam hidup ini.
    Sekian wasalam,Sy nak memulakan kajian.Daaa.huhu....Hah,kak aidah apa macam sila comment sikit kerana sy masih belum mampu menjadi seperti Kak Aidah.hehe..(Seorang penulis blog yang bijak dalam berkata2)

    Sunday, February 13, 2011

    Abadikan KENANGAN bersama SAHABAT selagi mereka masih BUJANG ♥

    13/2/2010..Huhu,Best kan tajuk diatas nih sahabat2ku.Selagi korang belum menjadi mak orang,isteri orang time lah kita perlu keluar untuk bersuka-ria,berjimba2.Nanti dah kawen belum tentu kita dapat berjalan seperti ini lagi.Tapi mungkin aku tersalah bagi tempat utk berjimba,Taman Cahaya Sri ALam menjadi pilihan.Serius tahap gaban kakiku mmg terlalu sakit kerana berjalan 50 kilometer.haha..tapi demi korang penat bukanlah alasan,happy tetap happy.Good Gurlsss semua;
    Kat bawah ni adalah kenangan untuk KAMI ketika di sana;
    Semua ni adalah sahabat2ku selama 3 tahun di Politeknik Sultan Idris Shah.Kami berjumpa lagi kali ini,Masing2 dah bekerjaya semuanya.hihi















    Happy Together with U all.

    Tuesday, February 8, 2011

    Harapan itu kadangkala menyakitkan


    Aku adalah Primadona;
    Aku adalah Superstar;
    Aku adalah bidadari dari kayangan;
    Eh,rupanya aku adalah insan biasa dalam mengharungi satu kehidupan;
    Harapan?Apa itu harapan?aku tertanya2..Harapan yang datang dengan satu kepastian amat mengembirakan.Tapi kalau harapan itu berakhir dengan kekecewaan pasti menangis.Bukan mudah kita mendapatkan harapan itu;Sebaliknya kita masih lagi memerlukan D.U.I.T (Doa,Usaha,Ikhtiar,Tawakal).
    Seperti juga dalam kita menempuh alam kehidupan ini,pelbagai dugaan,cabaran,rintangan dan sebagainya..Apa yang berlaku kita sebagai hambanya perlu kuat dan redha dengan apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita.Ya,aku pasti harapan itu mmg kita perlukan dalam kehidupan kita.Tapi jangan terlalu mengharap sesuatu yang belum pasti.Nanti kita kelak yang memakan hati sendiri.
    Kuatkan diri anda;Kuatkan Semangat anda.Insyaallah Moga harapan itu bukan berakhir dengan kesakitan.Moga harapan kali ini datang dengan kegembiraan....huhu;Mood jiwang pagi2 lak nihh;Pandai gak aku mengarang ayat.kikikiki;Ting Tong...Daaaa


    Monday, February 7, 2011

    PETUA KURUSKAN BADAN

    Anda rasa anda gemuk?Anda tidak selesa dengan keadaan anda sekarang.Saya ingin memberi sedikit petua buat kawan2 yang akan berumah tangga,tunang atau kawan2 yang ingin menjadi cantik.Saya pun tidaklah cantik mana,sama2 juga ingin mencuba petua ini.

    Yang mana anda pilih Gemuk atau Kurus??


    Di antara petua-petua yang ingin sy kongsi adalah :

    PETUA TRADISIONAL

    Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

    Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
    Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


    PETUA LAIN:

    1.JANGAN BERLAPAR
    Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

    2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
    Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

    3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
    Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

    4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
    Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

    5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
    Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

    6. AMBIL SARAPAN PAGI
    Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
    dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

    7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
    Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

    8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
    Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

    9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

    10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

    11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

    12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

    13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

    14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

    15. Ambil makanan yang berempah
    Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

    16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
    Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

    17. Simpan Satu Diari
    Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
    keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
    dan rajin-rajinlah membuat catatan.

    18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
    Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

    19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

    20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
    sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


    bY:Petua Rahsia Sebuah Alam Perkahwinan.

    Sy nasihatkan juga anda jangan mengharapkan petua saja,Kalau boleh ambillah senaman utk beberapa minit.



    Salah satunya adalah jogging.Ok lah kawan2,Selamat Mencuba dan Semoga berjaya!!!!

    Sunday, February 6, 2011

    C.I.N.T.A

    Kenapa kita menutup mata
    ketika kita tidur?
    Ketika kita menangis?
    Ketika kita membayangkan?
    Ketika kita berciuman?
    Ini karena hal terindah di dunia TIDAK
    TERLIHAT...
    Kita semua agak aneh... dan hidup
    sendiri juga agak aneh...
    Dan ketika kita menemukan seseorang
    yang keunikannya SEJALAN dengan
    kita..
    Kita bergabung dengannya dan jatuh ke
    dalam suatu keanehan serupa
    yang dinamakan
    CINTA..
    Ada hal2 yang tidak ingin kita
    lepaskan..
    Orang2 yang tidak ingin kita
    tinggalkan...
    Tapi ingatlah...
    melepaskan BUKAN akhir
    dari dunia,
    melainkan awal suatu kehidupan
    baru..
    Kebahagiaan ada untuk mereka yang
    menangis,
    mereka yang tersakiti,
    mereka yang telah
    mencari...
    dan mereka yang telah
    mencoba..
    Karena MEREKALAH yang bisa
    menghargai
    betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.
    CINTA yang AGUNG?
    Adalah ketika kamu menitikkan air mata dan
    MASIH peduli terhadapnya..
    Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu
    dan kamu MASIH menunggunya
    dengan setia..
    Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
    dan kamu MASIH bisa tersenyum
    sambil berkata: "Aku
    turut berbahagia untukmu"
    Apabila cinta tidak berhasil...
    BEBASKAN dirimu...
    Biarkan hatimu kembali melebarkan
    sayapnya dan terbang ke alam
    bebas LAGI..
    Ingatlah...bahwa kamu mungkin
    menemukan cinta dan
    kehilangannya..
    Tapi..ketika cinta itu mati..
    kamu TIDAK perlu mati
    bersamanya...
    Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu
    menang..
    MELAINKAN mereka yang tetap
    tegar ketika mereka
    jatuh.
    Entah bagaimana...dalam
    perjalanan kehidupan,
    kamu belajar tentang dirimu sendiri..
    dan menyadari bahwa penyesalan
    tidak seharusnya ada.
    HANYALAH penghargaan abadi
    atas pilihan2 kehidupan
    yang telah kau buat.
    TEMAN SEJATI...Mengerti ketika kamu berkata 'Aku lupa..'
    Menunggu selamanya ketika
    kamu berkata'Tunggu
    sebentar'
    Tetap tinggal ketika kamu
    berkata: "Tinggalkan aku sendiri"
    Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata: "Bolehkah saya masuk?"
    MENCINTAI...
    BUKANlah bagaimana kamu melupakan..melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN..
    BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan.. melainkan bagaimana kamu MENGERTI..
    BUKANlah apa yang kamu lihat..melainkan apa yang kamu RASAKAN..
    BUKANlah bagaimana kamu melepaskan..melainkan bagaimana kamu BERTAHAN..
    Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati...
    dibandingkan menangis tersedu2..
    Air mata yang keluar dapat dihapus..
    sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah 
    hilang..
    Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang..
    Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah,
    kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia dapat mencintai seseorang..
    LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri..
    Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang.
    BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita,
    MELAINKAN karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila 
    kita melepaskannya.
    Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia..
    jangan percaya bahwa melepaskan SELALU berarti kamu benar2 mencintai MELAINKAN
    BERJUANGLAH demi cintamu.
    Itulah CINTA SEJATI.
    Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang 
    'yang tersedia'
    Lebih baik menunggu orang yang kamucintai DARIPADA orang yang berada 
    disekelilingmu
    Lebih baik menunggu orang yang tepat karena hidup ini terlalu singkat untuk 
    dibuang hanya dengan 'seseorang'
    Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu
    dan kadang kala,
    teman yang membawamu ke dalam pelukannya dan menangis bersamamu adalah cinta 
    yang tidak kamu sadari.
    And now find Ur Love ..........



    P/S:Satu perkara yang diriku akan pegang,Tidakkah pelik jika anda pasangan bercinta tetapi tidak terfikir utk bersama selama-lamaNya ♥ BerCinta sampai ke Syurga ♥ [Aku terima Nikahnya].Thankz utk dia.huhu;