• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Tuesday, November 22, 2011

    Ombak Rindu ♥

    Satu2nya  novel yg best waktu zaman sekolah dulu.


    Sinopsis Filem Ombak Rindu ♥

    Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
    Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
    Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
    Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

    Monday, November 14, 2011

    Pagi Ini Indah ♥

    Hye all.Salam 1 Malaysia buat semua.Sebelum memulakan tugas kita amek mood n ilham dulu.So coretkan jap dalam blog ni.Sebenarnya x de apa yg nak di katakan pgi ini.Seronok pegi keje hari ni,ku lihat pemandangan yg indah..x mendung.x gelap.x cerah.mcm x jerebu pun ada.tp masih di tahap ok.



    Secerah Mentari Pagi 

    Memandang langit nan indah
    Menikmati ciptaan Sang Maha Pemurah
    Ucapan syukur menghias lidah
    Berharap kan bisa selalu terarah

    Terik mentari di pagi hari
    Menghibur jiwa yang sunyi
    Cahanya semerbak menyinari hati
    Berusaha temukan cinta sejati

    Hatiku kini tak lagi pilu
    Terbuai dunia yang menipu
    Kuberharap ini kan bersemi selalu
    Demi mengharap cinta Dzat Yang Maha Tahu

    Monday, October 3, 2011

    Anda Perlukan Inai untuk Kawen ? Hubungi Nisa.!

    Anda nak kawen?Perlukan Inai Jika anda Mahu.Hubungi Kawan office saya Nisa  017-9613525/019-9332513.Dengan hanya mencuba2 akhirnya menjadi part time pelukis inai.

    Atau layari facebook beliau http://www.facebook.com/NurBella.Debella.bdktigasuku.Banyak design dan pelbagai pilihan jika anda mahu.Perkhidmatan untuk sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.Jika nak tengok design lain boleh pergi ke facebook dia.

       Nak gak tunjuk mukaku.huhu

















    Inilah antara design2.Banyak lagi.Boleh pergi facebook dia jika anda mahu lihat design lain.

    Sunday, October 2, 2011

    Kakak IT dah kawen ♥

    Hi,all Salam 1 Malaysia. Hari ni tanganku terlalu gatal utk mencoret setelah lama menghilangkan diri.2 okt semalam kakak officeku kawen iaitu Puan Ezelda Aris.Tahniah utk beliau. Sebenarnya i x pegi tp curi gambar ni kat album si Laila Cantik.Apapun jom layan sepanjang Wedding Day Kakak IT nih ♥.


    Image 1 :Inai ni design Anessa Husna.So sesape nak kawen boleh call kawan Office sy.Macam2 design boleh buat.Harga berpatutan.Hee..Sape nak tempah try tngok fb dia http://www.facebook.com/NurBella.Debella.bdktigasuku


    Image 2 :Hantaran ni pun Si Laila Cantik n Adila Azurin yg buat,Cantik!





    Hah,cantik kan beliau.Apa pun Saya mendoakan Kak Ezelda Bahagia hingga ke akhir Hayat .Peace ♥!


    Wednesday, September 7, 2011

    PERBEZAAN KUCING SEBENAR & KUCING JELMAAN

    KUCING HITAM




    Ayat tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk melindungi diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan "sadda" yang bermaksud benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh benteng yang sangat hebat.
    -Selain tu nak kongsi jugak mengenai ciri-ciri kucing jelmaan jin yang dikongsi dalam perbincangan tersebut:


    1) Berwarna hitam.
    2) Petua untuk membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin, perhatikan pada mata kucing tersebut sama ada berkelip atau tidak. Sekiranya berkelip, maka itu adalah kucing sebenar. Jika tidak, itu adalah kucing jelmaan jin.
    3) Cara mudah untuk membuatkan mata kucing tersebut berkelip, pegang kepala kucing kemudian garu/usap di bawah leher/tengkuk kucing tersebut. Kucing sebenar pasti akan berkelip matanya sekiranya ia diperlakukan sebegitu, manakala kucing jelmaan jin tetap tidak akan menutup matanya (berkelip).
    4) Jika kucing tersebut adalah jelmaan jin, suruh kucing itu keluar dalam cara apa sekalipun.
    Selain kucing, ustaz tu pun ada kongsi macam mana untuk membezakan antara ular sebenar dengan ular jelmaan jin. Kaedah yang sama, perhatikan mata ular, berkelip atau tidak. Ko tak payah la carik penyakit nak gi tangkap ular tu usap tengkuk dia macam kucing! Cukup tengok mata dia je...

    Sunday, April 10, 2011

    Bersungguh-Sungguh

    Kadang-kadang kita sangka terbaik,tapi kita perlukan semangat lagi untuk menjadi terbaik.Mungkin perkara itu membuatkan aku akan menjadi lebih baik lepas ini.I accept it.Keyakinan dan Ikhlas perlu dalam melakukan 1 perkara.Ini yang akan aku pegang sampai bila-bila di mana saja aku ada..

    Katakan,Ya Saya Boleh dan Saya Bagus!Semangat itu aku perlukan dalam Diri.:)..huhu...X sabar tunggu seterusna,Sebab aku nak buktikan kesalahan masa lalu..Huhhh
    Kesungguhan itu penting.Ngee:P.U are the best.






    Kesilapan mungkin akan mematangkan diri kita menjadi seorang terbaik.Bersungguh2 dalam melakukan 1 perkara+ikhlas!!!!!




    Monday, April 4, 2011

    Saat aku sudah di lepaskan

    Ohh,Lamanya x update blog.Aku bukan kaki blogger.Tapi aku jugak nak ada blog bila sy rasa terlalu bosan dgn keadaan.Huhu.Saat aku sudah di lepaskan?Apakah maksudnya?Adakah aku akan berkahwin?Haha..X mungkin kot.Keadaan pun masih terkontang-kanting.

    Maksudnya ayah sudah percayakan aku,untuk aku bawak kereta sorang diri.dah 5 hari aku pi keje naik kereta.Alhamdulillah sekarang masih ok.Tapi banyak lagi aku perlu belajar untuk menjelajah 1 Malaysia nih yang x penah lagi utk jelajah.Aku masih lagi di peringkat permulaan.Akhirnya,baru aku sedar aku perlu berdikari di kaki aku sendiri.Yang aku mmg x leh harapkan sape2 melainkan aku sendiri yang majukan diri.

    Oh,Ok la malas nak tulis banyak2.belum tentu korang nak baca blog aku yang semakin usang nihhh.Ok la,Sat g nak start traning.Bapak bosan.Ngeee :P...Salam 1 Malaysia buat semua.

    Wednesday, March 2, 2011

    SABAR MENGHADAPI MUSIBAH



    Zaman persekolahan,zaman remaja perkara paling seronok kita lalui.Form 6 kenangan paling aku ingat bersama teman2.Tempoh perkenalan dan pembelajaran dalam tempoh yang singkat (1 tahun) tapi itu perkara yang tinggalkan memori indah antara kami.

    Hari berganti hari,bulan berganti bulan.dari umur 18 tahun kami belajar pada waktu dl.Baru aku sedar skrg sudah hampir mencecah 24 tahun.Sudah besar semuanya.Tapi aku rasa kehilangan semua kawan2 aku sudah di ambil menjadi isteri orang.Tapi itu sudah jodoh utk mereka.Jadi aku mesti faham...Tapi yang penting ukhwah fillah x akan putus...Mungkin apabila keadaan semakin besar aku pula resah memikirkan nasib diriku...

    Aku terkapai-kapai mencari teman di hati utk hilangkan perasaan sunyi.Tapi apakan daya,benda yang nak biasanya tidak akan datang sekelip mata..Pelbagai dugaan yang perlu kt tempuhi.Rasa takut kadang2 terpikir dalam diri apa akan jadi pd masa depan kita.Seronok dengan kebahagiaan kawan2.tapi kita memikirkan bila kebahagiaan diri akan tiba.Sabar adalah kunci Utama.

    Kesabaran menguji iman kita,seorang kawan iaitu Ustaz helmi berpesan padaku  aishah jangan risau kerana Ajal Pertemuan semua tu Allah s.w.t dah aturkan.Segala hadis2 di keluarkan dari mulutnya  dan nasihatkan padaku.Yang penting jangan berputus asa,sentiasa berdoa dah yakin dengan janji Allah s.w.t..Keadaan ini membuatkan aku berasa sedikit tenang..

    Jadi,apapun hari mendatang berlaku dalam hidup aku mesti lalui dengan kesabaran..
    To salwa shomum nasib kita memang sama tetapi ingatlah awa benar kata org..sewaktu kita perlukan matahari, Allah datangkan hujan yang lebat..kita sedih atas keadaan ini, tapi, rupanya Allah berikan kita pelangi yang indah pengubat duka..bila kita inginkan kesenangan dalam hidup, Allah timpakan kita kesusahan, kita sering menyalahkan takdir, tapi sebenarnya, Allah nak hadiahkan kita sesuatu yang lebih bermakna..biar hujan di hati, pasti ada pelangi yang menanti..untuk sebuah kesenangan, pasti ada bayarannya..sabarlah duhai jiwa..~







    Tuesday, February 15, 2011

    Jangan Terlalu yakin dengan Takdir yang belum di tentukan



    Selamat pagi semua,pagi ini terlalu indah sebelum hari-hari yang lain.Sebelum memulakan tugas untuk membuat kajian selidik pilihanraya di DUN Merlimau sy sempat untuk menconteng dalam blog yg x berapa nak indah..huhu...Niat di hati sebenarnya x ingin mengeluarkan idea dalam kepala otak yang x seberapa.Kak Aidah mengatakan pada saya cuba tulis tajuk ini dalam blog.So,saya akan sahut cabaran ini.!

    Saya bukan insan yang bijak dalam penulisan atau berkata2.Malam tadi sy menonton cerita hani,sedih melihatnya dengan kata-kata hani iaitu Jangan terlalu yakin dengan takdir yang belum di tentukan.Banyak maksud tersirat yang boleh kita dapat dengan kata2 ini.Salah satu contohnya ialah Jodoh,Kadang2 kita merancang tapi Allah yang menentukan.Walaupun sayang kita pada sesiapa pun kalau ia bukan jodoh kita harus redha dengan rencanan ilahi.Mmg terasa pedih tp itulah hakikatnya.Apapun kita harus yakin kepada Allah s.w.t...
    "Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan... dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."..
    Tapi apapun jangan kita risau banyakkan berdoa dengan semua ini,Insyaallah Allah akan membantu kita dengan sebuah kemanisan.

    Maksud tersirat lain adalah Rezeki,Contohnya kita merancang untuk menjadi seorang doktor tetapi Allah memberikan kita menjadi guru,Jadi terimalah seadaanya kerana mungkin Allah memberikan kita yang terbaik dr apa yang kita rancangkan.So,terimalah apa yang kita dapat dalam hidup ini.
    Sekian wasalam,Sy nak memulakan kajian.Daaa.huhu....Hah,kak aidah apa macam sila comment sikit kerana sy masih belum mampu menjadi seperti Kak Aidah.hehe..(Seorang penulis blog yang bijak dalam berkata2)

    Sunday, February 13, 2011

    Abadikan KENANGAN bersama SAHABAT selagi mereka masih BUJANG ♥

    13/2/2010..Huhu,Best kan tajuk diatas nih sahabat2ku.Selagi korang belum menjadi mak orang,isteri orang time lah kita perlu keluar untuk bersuka-ria,berjimba2.Nanti dah kawen belum tentu kita dapat berjalan seperti ini lagi.Tapi mungkin aku tersalah bagi tempat utk berjimba,Taman Cahaya Sri ALam menjadi pilihan.Serius tahap gaban kakiku mmg terlalu sakit kerana berjalan 50 kilometer.haha..tapi demi korang penat bukanlah alasan,happy tetap happy.Good Gurlsss semua;
    Kat bawah ni adalah kenangan untuk KAMI ketika di sana;
    Semua ni adalah sahabat2ku selama 3 tahun di Politeknik Sultan Idris Shah.Kami berjumpa lagi kali ini,Masing2 dah bekerjaya semuanya.hihi















    Happy Together with U all.

    Tuesday, February 8, 2011

    Harapan itu kadangkala menyakitkan


    Aku adalah Primadona;
    Aku adalah Superstar;
    Aku adalah bidadari dari kayangan;
    Eh,rupanya aku adalah insan biasa dalam mengharungi satu kehidupan;
    Harapan?Apa itu harapan?aku tertanya2..Harapan yang datang dengan satu kepastian amat mengembirakan.Tapi kalau harapan itu berakhir dengan kekecewaan pasti menangis.Bukan mudah kita mendapatkan harapan itu;Sebaliknya kita masih lagi memerlukan D.U.I.T (Doa,Usaha,Ikhtiar,Tawakal).
    Seperti juga dalam kita menempuh alam kehidupan ini,pelbagai dugaan,cabaran,rintangan dan sebagainya..Apa yang berlaku kita sebagai hambanya perlu kuat dan redha dengan apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita.Ya,aku pasti harapan itu mmg kita perlukan dalam kehidupan kita.Tapi jangan terlalu mengharap sesuatu yang belum pasti.Nanti kita kelak yang memakan hati sendiri.
    Kuatkan diri anda;Kuatkan Semangat anda.Insyaallah Moga harapan itu bukan berakhir dengan kesakitan.Moga harapan kali ini datang dengan kegembiraan....huhu;Mood jiwang pagi2 lak nihh;Pandai gak aku mengarang ayat.kikikiki;Ting Tong...Daaaa


    Monday, February 7, 2011

    PETUA KURUSKAN BADAN

    Anda rasa anda gemuk?Anda tidak selesa dengan keadaan anda sekarang.Saya ingin memberi sedikit petua buat kawan2 yang akan berumah tangga,tunang atau kawan2 yang ingin menjadi cantik.Saya pun tidaklah cantik mana,sama2 juga ingin mencuba petua ini.

    Yang mana anda pilih Gemuk atau Kurus??


    Di antara petua-petua yang ingin sy kongsi adalah :

    PETUA TRADISIONAL

    Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

    Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
    Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


    PETUA LAIN:

    1.JANGAN BERLAPAR
    Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

    2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
    Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

    3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
    Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

    4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
    Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

    5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
    Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

    6. AMBIL SARAPAN PAGI
    Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
    dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

    7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
    Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

    8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
    Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

    9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

    10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

    11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

    12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

    13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

    14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

    15. Ambil makanan yang berempah
    Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

    16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
    Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

    17. Simpan Satu Diari
    Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
    keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
    dan rajin-rajinlah membuat catatan.

    18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
    Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

    19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

    20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
    sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


    bY:Petua Rahsia Sebuah Alam Perkahwinan.

    Sy nasihatkan juga anda jangan mengharapkan petua saja,Kalau boleh ambillah senaman utk beberapa minit.



    Salah satunya adalah jogging.Ok lah kawan2,Selamat Mencuba dan Semoga berjaya!!!!

    Sunday, February 6, 2011

    C.I.N.T.A

    Kenapa kita menutup mata
    ketika kita tidur?
    Ketika kita menangis?
    Ketika kita membayangkan?
    Ketika kita berciuman?
    Ini karena hal terindah di dunia TIDAK
    TERLIHAT...
    Kita semua agak aneh... dan hidup
    sendiri juga agak aneh...
    Dan ketika kita menemukan seseorang
    yang keunikannya SEJALAN dengan
    kita..
    Kita bergabung dengannya dan jatuh ke
    dalam suatu keanehan serupa
    yang dinamakan
    CINTA..
    Ada hal2 yang tidak ingin kita
    lepaskan..
    Orang2 yang tidak ingin kita
    tinggalkan...
    Tapi ingatlah...
    melepaskan BUKAN akhir
    dari dunia,
    melainkan awal suatu kehidupan
    baru..
    Kebahagiaan ada untuk mereka yang
    menangis,
    mereka yang tersakiti,
    mereka yang telah
    mencari...
    dan mereka yang telah
    mencoba..
    Karena MEREKALAH yang bisa
    menghargai
    betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.
    CINTA yang AGUNG?
    Adalah ketika kamu menitikkan air mata dan
    MASIH peduli terhadapnya..
    Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu
    dan kamu MASIH menunggunya
    dengan setia..
    Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
    dan kamu MASIH bisa tersenyum
    sambil berkata: "Aku
    turut berbahagia untukmu"
    Apabila cinta tidak berhasil...
    BEBASKAN dirimu...
    Biarkan hatimu kembali melebarkan
    sayapnya dan terbang ke alam
    bebas LAGI..
    Ingatlah...bahwa kamu mungkin
    menemukan cinta dan
    kehilangannya..
    Tapi..ketika cinta itu mati..
    kamu TIDAK perlu mati
    bersamanya...
    Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu
    menang..
    MELAINKAN mereka yang tetap
    tegar ketika mereka
    jatuh.
    Entah bagaimana...dalam
    perjalanan kehidupan,
    kamu belajar tentang dirimu sendiri..
    dan menyadari bahwa penyesalan
    tidak seharusnya ada.
    HANYALAH penghargaan abadi
    atas pilihan2 kehidupan
    yang telah kau buat.
    TEMAN SEJATI...Mengerti ketika kamu berkata 'Aku lupa..'
    Menunggu selamanya ketika
    kamu berkata'Tunggu
    sebentar'
    Tetap tinggal ketika kamu
    berkata: "Tinggalkan aku sendiri"
    Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata: "Bolehkah saya masuk?"
    MENCINTAI...
    BUKANlah bagaimana kamu melupakan..melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN..
    BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan.. melainkan bagaimana kamu MENGERTI..
    BUKANlah apa yang kamu lihat..melainkan apa yang kamu RASAKAN..
    BUKANlah bagaimana kamu melepaskan..melainkan bagaimana kamu BERTAHAN..
    Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati...
    dibandingkan menangis tersedu2..
    Air mata yang keluar dapat dihapus..
    sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah 
    hilang..
    Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang..
    Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah,
    kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia dapat mencintai seseorang..
    LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri..
    Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang.
    BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita,
    MELAINKAN karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila 
    kita melepaskannya.
    Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia..
    jangan percaya bahwa melepaskan SELALU berarti kamu benar2 mencintai MELAINKAN
    BERJUANGLAH demi cintamu.
    Itulah CINTA SEJATI.
    Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang 
    'yang tersedia'
    Lebih baik menunggu orang yang kamucintai DARIPADA orang yang berada 
    disekelilingmu
    Lebih baik menunggu orang yang tepat karena hidup ini terlalu singkat untuk 
    dibuang hanya dengan 'seseorang'
    Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu
    dan kadang kala,
    teman yang membawamu ke dalam pelukannya dan menangis bersamamu adalah cinta 
    yang tidak kamu sadari.
    And now find Ur Love ..........



    P/S:Satu perkara yang diriku akan pegang,Tidakkah pelik jika anda pasangan bercinta tetapi tidak terfikir utk bersama selama-lamaNya ♥ BerCinta sampai ke Syurga ♥ [Aku terima Nikahnya].Thankz utk dia.huhu;